Mitosis pada haiwan Mitosis

  1. Tidak seperti tumbuhan, pertumbuhan pada haiwan tidak terhad kepada bahagian-bahagian badan yang tertentu sahaja tetapi berlaku pada hampir kesemua bahagian badan haiwan.
  2. Sel-sel yang berada di lapisan Malphigi, iaitu lapisan tisu epidermis kulit yang paling dalam, menjalani mitosis untuk membentuk sel-sel baru.
  3. Sel-sel baru ini akan menggantikan sel-sel yang tercedera dan sel yang mati di permukaan kulit terluar yang berkeratin.
  4. Pada lapisan Malphigi juga terdapat pigmen melanin yang memberikan warna kepada kulit.
  5. Sel-sel saraf akan berhenti menjalankan mitosis sebaik sahaja seseorang mencapai suatu peringkat umur dalam kehidupannya.